Garam Hunza



Mineral Kristal Garam Hunza ini yang terdapat 2000 kaki di kawasan rahsia di Pergunungan Kaum Hunza di sempadan Pakistan, Afganistan dan China. Garam ini 100% Asli yang mengandungi 84 “natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusi
a.

Struktur kristal garam ini yang seimbang menunjukkan jalinan yang baik, tiada bayangan atau bahagian kasar. Kristalnya tidak terpisah dari jejak unsur mineral (84) tetapi saling bersambung dalam keadaan sekata. Ini bermakna kandungan tenaga dalam bentuk mineral adalah seimbang dan mudah diproses oleh badan kita.

Kristal ini penuh dengan unsur kehidupan. Kalau diambil sebagai makanan ia akan memberi kesan tenaga mutlak pada badan. Hasilnya memberi keuntungan kepada badan dan tiada kehilangan tenaga.

Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata :
 ‘Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.‘

Rahsia alam semulajadi yang tersimpan sejak 250,000,000 tahun yang lalu akhirnya terbongkar Garam Sunnah Hunza adalah sumber simpanan semulajadi untuk kekuatan tenaga hayat. Garam yang istimewa ini menunggu masanya untuk menyatakan sifat semulajadinya sebagai penyimpan tenaga dengan kendungan BIO-PHOTON bagi kesihatan manusia sejagat.

Kristal garam bukit daripada Hunza berasal daripada penguapan lautan purba semenjak ratusan juta tahun yang lalu. Tenaga solar, yang diperlukan untuk penciptaan ini diperangkap didalam setiap zarah daripada kristal garam ini yang dipanggil BIO-PHOTONS.

Selain daripada tenaga, setiap galian didalam bumi berada didalam garam kristal ini dalam bentuk yang banyak yang mana ia menyamai dengan jumlah galian yang terdapat didalam struktur sel kita, jika kita hendak mengambilnya dengan cara yang bijak.

Galian-galian ini tersangatlah kecil, yang mana mereka boleh diterima oleh badan kita pada paras selular: mereka adalah. Jika dilarutkan kedalam air,garam itu sangat berguna kepada kita, bersama dengan tenaga solar yang diperolehi.

Dengan mengambil sejumlah kecil dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita: sel-sel tersebut akan berfungsi semula, diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam sunnah mengandungi 72 elemen galian tersebut. Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna kerana mengandungi caj eletrik yang membolehkan aktiviti elektrolit tubuh berjalan dengan lancar.

Kami percaya bahawa melalui jalinan kerjasama saintifik sebegini, masyarakat dapat dihidangkan dengan produk hasil kajian sarjana muslim yang tinggi kualitinya dan dipercayai keabsahannya untuk memberikan manfaat yang maksima kepada pengguna. Kami sesekali tidak akan berkompromi dengan produk yang bermotifkan keuntungan semata-mata kerana kami sangat erat dengan misi memasyarakatkan sunah dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment